Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Pan-gon tuntut Harimau Malaya pamer pelan sempurna

harimau-malaya-2022.jpg
Ketua jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon, mahu menilai sejauh mana barisan Harimau Malaya mampu menterjemahkan strateginya di atas padang selepas memiliki tempoh kurang dua minggu sebagai persiapan menghadapi Piala AFF 2022. 

Perlawanan persahabatan bertemu Kemboja di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok menjadi medan pemanas badan untuk pengendali dari Korea Selatan mengesan sebarang kepincangan anak buahnya dalam melunaskan ilham taktikalnya. 

Biarpun sedar maklumat itu agak berat untuk dihadamkan oleh tonggak kebangsaan, namun ia antara cabaran di peringkat antarabangsa berikutan kekangan tempoh persiapan. 

"Banyak maklumat, model permainan dan perancangan permainan (yang diterapkan).

"Skuad ini mempunyai ramai pemain baru, terlalu banyak maklumat dan saya fikir ia amat melelahkan minda mereka," katanya dalam sidang media di Wisma FAM, hari ini.



"Maklumat ini perlu ditonjolkan dalam sesi latihan tetapi saya berpuas hati," katanya. 

Sementara itu, penyerang negara, Darren Lok, berharap hajat berkenaan dapat dilunaskan oleh rakan sepasukannya menjelang perlawanan pemanas badan sulung buat Harimau Malaya sebelum diuji Maldives, Rabu depan. 

Perlawanan esok penting buat kami. Penting untuk pemain mendapatkan minit permainan. Seperti yang ditekankan jurulatih, ramai pemain baru dalam skuad ini jadi mereka harus memahami hasrat corak permainannya," katanya. 




 

Advertisement

Must Watch Video