Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Kim Pan-gon tidak gusar rekod pertemuan lalu di Myanmar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-pan-gon-pre-malaysia-ve-myanmar.jpg
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, tidak gusar dengan rekod pertemuan lalu Harimau Malaya di Myanmar menjelang aksi sulung Piala AFF di Stadium Thuwunna petang esok.

Berdasarkan tiga pertemuan lalu di gelanggang lawan itu, Malaysia tewas dua kali dan seri sekali, di mana satu daripadanya dalam saingan Piala AFF.

Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Myanmar dalam aksi persahabatan pada Ogos 2017 selain tewas dengan keputusan sama dalam saingan Kumpulan B Piala AFF pada November 2016 dan terdahulu, Malaysia juga terikat tanpa jaringan di gelanggang sama dalam aksi persahabatan pada Mei 2016.

Pan-gon, bagaimanapun, yakin barisan pemainnya sudah bersedia untuk menjadikan pertemuan kali ini sebagai langkah permulaan cemerlang buat skuad negara.

"Saya tidak peduli prestasi dan keputusan lalu tetapi kami hanya akan fokus terhadap diri sendiri," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Kami pasukan yang kuat dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan segala keadaan di sini.

"Kami tidak boleh mengkritik jiran kita ini kerana apa yang mereka ada, mereka telah mencuba yang terbaik untuk menyediakannya buat kami, jadi kami tiada sebarang rungutan dan akan mencuba yang terbaik," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video