Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, gembira dengan kemahiran individu yang dipamerkan pemainnya dalam dua aksi persahabatan menjelang saingan Piala AFF bermula Rabu depan.
Walaupun prestasi skuad negara dalam dua perlawanan menentang Kemboja dan Maldives dilihat tidak terlalu gah, Pan-gon sebaliknya optimis kemahiran individu yang dimiliki mereka mampu membantu persembahan Harimau Malaya.
Menjelang pengumuman senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke kejohanan itu, Pan-gon berkata dalam sidang media selepas perlawanan menentang Maldives semalam: "Kita tidak boleh hanya menilai mereka berdasarkan satu perlawanan atau satu momen.
"Mengapa kami membawa mereka bersama kami adalah berdasarkan prestasi yang telah mereka tunjukkan sepanjang musim. Mereka mempunyai standard yang tinggi.
"Bukan hanya disebabkan prestasi buruk mereka hari ini kami tidak menyenaraikan mereka dan bukan juga disebabkan prestasi baik mereka hari ini membuatkan kami menyenaraikan mereka," katanya.
Berdasarkan dua perlawanan persahabatan itu, empat permain langsung tidak diturunkan, iaitu Ramadhan Saifullah, Haqimi Azim Rosli, R. Kogileswaran dan dan Azri Ghani.
"Kami juga bersiap sedia secara taktikal bagi Piala AFF, jadi banyak sebab kami memilih untuk mereka tidak diturunkan.
"Empat pemain itu juga amat bagus, saya tidak boleh katakan yang tahap mereka lebih rendah berbanding pemain lain," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Kemboja 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat lalu sebelum membenam Maldives 3-0 di Stadium KLFA semalam.