Kejayaan Harimau Malaya membenam cabaran Kemboja dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat lalu disifatkan satu perkembangan positif selepas kehilangan separuh pemain tonggak.
Malah, menurut pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa, kemenangan yang boleh dibanggakan itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa skuad negara masih memiliki ramai pemain yang boleh diketengahkan mengambil posisi tonggak senior.
“Tidak keterlaluan boleh saya katakan Pan-gon sudah menemui barisan Harimau Malaya 2.0 selepas kehilangan pemain tonggak yang menarik diri atas alasan tertentu sebelum ini.
“Namun, apabila kita lihat Faisal Halim mengemudi kebanyakan pemain baru, ternyata ia tidak mengecewakan seterusnya memberi harapan kepada penyokong Harimau Malaya untuk berdaya saing dalam Piala AFF,” katanya.
Harimau Malaya menyingkap persiapan Piala AFF dengan meraih keputusan positif setelah mengalahkan Kemboja 4-0 dengan gol dijaringkan Faisal Halim pada minit ke-11, 46, Lee Tuck (m-38) dan Stuart Wilkin (m-86).
Untuk rekod, perlawanan ini juga merupakan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan buat Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Stuart Wilkin, Lee Tuck, Shamie Iszuan Amin, David Rowley, Sergio Aguero dan Aliff Izwan Yuslan.
Pan-gon sebelum ini 'kehilangan' 12 pemain bagi menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 dan Piala AFF 2022 susulan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.
Kredit: Sinar Harian