Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Kemboja sekat kebangkitan Filipina

kemboja-filipina-piala-aff.jpg
KEMBOJA 3 FILIPINA 2

Kemboja mencipta kejutan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Piala AFF apabila menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional Morodok Techo sebentar tadi.

Berdasarkan kedudukan ranking dunia, Filipina jauh lebih unggul dengan menduduki tangga ke-133 manakala Kemboja pula di kedudukan ke-177 dunia.

Bagaimanapun, kisah di atas padang ternyata berbeza apabila Angkor Warriors hanya memerlukan 20 minit sejak wisel permulaan untuk mendahului dengan dua jaringan.

Penguasaan hampir sempurna yang dipamerkan Kemboja sejak dari awal permainan menyaksikan Reung Bunheing meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan pada minit ke-16 sebelum Orn Chanpolin menggandakan kelebihan itu berselang empat minit.

Filipina, bagaimanapun, berhasil merapatkan kedudukan menjelang separuh masa apabila Kenshiro Daniels menemui sasaran pada minit ke-41.

Daniels sekali lagi menerbitkan harapan kebangkitan buat The Azkals apabila menyamakan kedudukan selepas 10 minit perlawanan bersambung, hanya untuk dikecewakan Reun Bunheing, yang menemui jaringan peribadi keduanya empat minit kemudian, sekali gus memastikan tiga mata pertama pasukan bimbingan Ryu Hirose berkenaan.

Kredit foto: FFC
 

Advertisement

Must Watch Video