Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala AFF: Kelebihan Malaysia mampu dipadam, kata kapten Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

324148691_5608135522647522_2522223785486186827_n.jpg
Kapten Thailand, Theeraton Bunmathan, menegaskan bekalan satu gol yang diraih skuad negara mampu dipadamkan dalam aksi timbal balik berdasarkan corak permainan positif ketika pertemuan pertama aksi separuh akhir Piala AFF.

Sekali pun tewas, skuad Gajah Perang garang menerusi beberapa gerakan dan situasi itu melonjak keyakinan pemain versatil Buriram United itu untuk memastikan pasukannya bangkit di laman sendiri.

"Saya rasa semua dapat lihat permainan kami. Kami membazirkan beberapa peluang terbaik untuk melakukan jaringan tetapi tidak mengapa kerana yang terbaik akan menang dalam perlawanan seterusnya. Saya harap penyokong hadir membanjiri stadium untuk melihat kebangkitan kami nanti," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video