Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala AFF: Kata-kata Pan-gon lonjak mutu persembahan Harimau Malaya atasi Laos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpg_1.jpg
'Ini bukan kualiti anda', ayat keramat yang singkat namun padat daripada Kim Pan-gon ketika di bilik persalinan mengubah corak permainan skuad negara di babak kedua selepas hambar pada 45 minit pertama.

Semuanya tampak tidak kena di babak pertama, Pan-gon mengakui perkara itu dan membuat beberapa rombakan sebaik separuh masa kedua bermula.

Pan-gon menitip kata-kata semangat yang mempersoalkan kemampuan sebenar kemnya bukan setakat 45 minit pertama jadi dorongan kepada ledakan empat jaringan di separuh masa kedua.

Apatah lagi perjuangan di Vietnam bukan sekadar memenuhi jadual malah, kempen Pan-gon ke sana adalah misi ‘langgar Vietnam’

"Saya memberitahu kepada pemain-pemain supaya bermain dengan lebih baik, separuh masa pertama bukanlah terjamahan persembahan terbaik mereka. Kata-kata itu meningkatkan semangat dan menyaksikan lebih banyak jaringan terhasil dalam perlawanan ini," kata Pan-gon.

Sementara itu, kelibat Khuzaimi Piee di bangku simpanan menyentuh hati Pan-gon, bukan kudrat yang mampu diberikannya, namun semangat yang diberikan kepada rakan sepasukan dilabel sebagai ‘keindahan seorang Khuzaimi Piee’ oleh Pan-gon

Persoalan mengenai status kecergasan Khuzaimi turut terjawab, ramai yang beranggapan kecederaan pertahanan Selangor FC tidak serius sebaik kelibatnya ada di bangku simpanan.

Hakikatnya perjalanannya di Piala AFF sudah pun berakhir ekoran kecederaan koyak otot betis yang menuntut tempoh rehat selama enam minggu.

Apa yang dilakukan pemain tersebut pada Sabtu demi lencana di dada walaupun bukan kudrat yang dipertaruhkan.

"Khuzaimie menghadirkan semangatnya di bangku simpanan kepada barisan pemain. Apa yang dilakukan itu sesuatu yang cukup baik bagi meningkatkan keyakinan rakan sepasukan untuk memburu kemenangan," kata Pan-gon.
 

Advertisement

Must Watch Video