Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Indonesia pandang sebelah mata ?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erick.jpg
Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, meletakkan sasaran logik pasukan Indonesia bagi menghadapi saingan Piala AFF 2024 yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 buat kali pertama, skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan kualiti permainan tersendiri di sebalik menunjukkan prestasi memukau dalam kejohanan Piala Asia, Januari lalu.

Sang Garuda dianggap menjadi pilihan utama untuk berdepan pasukan seratau Asia Tenggera selain bakal munurunkan barisan terbaik bagi persiapan menghadapi pusingan kelayakan itu.

Namun, presiden badan induk itu menjelaskan bahawa Piala AFF tersebut bukan kepentingan utama dan tidak akan meletakkan tekanan yang berat bagi pelatih Korea Selatan itu.
 

Advertisement

Must Watch Video