Tiada istilah tekanan menyelubungi pemain negara ketika cuba mencari kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.
Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck, berkata kesemua pemain negara kini hanya menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut dan sudah bersedia untuk menewaskan The Lions.
"Kami tidak rasa sebarang tekanan. Kami tahu kami perlu memastikan pasukan ke separuh akhir tetapi sekarang ini, semua pemain dalam keadaan tenang," katanya.
Dalam pada itu, Tuck, yang diumumkan sebagai pemain baru Kedah FC, mengakui gembira selepas membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab utara itu.
Bagaimanapun, dia juga memahami kehampaan sesetengah penyokong Sri Pahang FC sehinggakan ada yang mengecamnya sebagai tidak berterima kasih kepada kelab lamanya itu.
"Secara jujurnya, saya bercakap dengan Sri Pahang selepas menunggu selama beberapa bulan sama ada mereka mahu menyambung kontrak saya atau tidak. Saya mahu kekal di kelab itu.
"Saya juga sanggup dipotong gaji, namun kami tidak mencapai kata putus. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Sri Pahang kerana kelab itu adalah yang terbaik.
"Apa yang berlaku ini juga tidak menjejaskan fokus saya bersama pasukan kebangsaan," katanya.
Kredit: Sinar Harian