Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Harimau Malaya rancang cuba muka baru dalam kunjungan ke Chiang Mai

kim-pan-gon.jpg
Dengan reputasi yang dibina sejak kehadiran Kim Pan-gon bersama skuad skuad Harimau Malaya, tiada alasan untuk skuad negara tidak melepasi halangan di peringkat kumpulan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B untuk berjumpa jumpa empat kali, Singapura, Myanmar dan Laos. 

Pertemuan dengan juara dua kali, Vietnam, mungkin dianggap sebagai misi serampang dua mata dalam kejohanan pada 23 Disember hingga 15 Januari 2023 itu. 

Namun, apa kurangnya skuad kebangsaan yang mula membina prestasi dengan kelayakan ke Piala Asia 2023.

"Ia satu undian yang baik buat negara. 

"Kami bersedia untuk berjuang. 

'Saya rasa Vietnam adalah pencabar paling kuat dalam kumpulan. 

"Singapura dan Myanmar juga pasukan bagus, malah Laos.

"Tidak kira siapa yang kami hadapi, kami mahu berikan yang terbaik dan hadiahkan keputusan yang bagus," kata jurulatih dari Korea Selatan itu. 





Malaysia akan berkumpul bagi menghadapi kejohanan jemputan di Chiang Mai untuk bertemu tuan rumah, Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago dari 20 hingga 26 September 2022. 

Dan dengan liga tempatan menuju penghujung saingan, Pan-gon sudah mengenal pasti beberapa pemain baru yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. 

"Kejohanan di Thailand menjadi peluang untuk kami membuat persiapan. 

"Ini peluang terbaik berdepan pasukan yang handal dan muka baru mungkin diberi peluang.

"Kami akan cuba yang terbaik lakukan persiapan terbaik dalam kejohanan," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video