Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim, menyasarkan penjaring terbanyak Piala AFF.
Pemain yang turut disapa "Mickey' itu meletakkan sasaran peribadi merujuk kepada prestasinya yang sudah meledak tiga gol dalam dua aksi setakat ini.
Tanpa berselindung, Faisal menjelaskan sasaran itu adalah hasrat yang disuarakan oleh Kim Pan-gon sendiri kepadanya.
Faisal tekad untuk merealisasikan hasrat yang diamanahkan kepadanya, tidak hairan jika setiap kali perlawanan pemain ini begitu dahagakan jaringan menerusi dua faktor utama.
Bagaimanapun, dia meletakkan keutamaan untuk membantu pasukan, amanah Pan-gon sendiri meletakkan situasi mencetak jaringan umpama tanggungjawab yang perlu dilunas dalam setiap perlawanan.
"Jurulatih telah memberikan dia mahukan saya menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Saya menyahut cabaran itu dan mahu melakukan sebaik mungkin dalam setiap perlawanan," kata Faisal.
Kali terakhir Malaysia menghadirkan penjaring terbanyak di pentas Piala AFF menerusi Safee Sali pada 14 tahun lalu.
Seiring dengan kehangatan miki di atas padang, kontroversi terbarunya bersama bekas majikan tidak kurang hebatnya.
Tindakan Terengganu FC memotong gajinya tanpa sebarang rundingan undang rasa tidak puas hati pemain lincah itu.
Faisal tidak rela diperkotak-katikkan bertegas mahu menuntut haknya sebagai pemain.
Tegasnya lagi, kenyataan media yang dilakukan dalam beberapa siri temubual musim 2022 jelas tidak melanggar kontrak memandangkan ia tidak termaktub dalam persetujuannya bersama Terengganu FC sebelum ini.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak berpuas hati dengan tindakan Terengganu yang memotong 15 peratus gaji terakhirnya bersama skuad Peteh tanpa sebarang perbincangan.