Tonggak Harimau Malaya, Darren Lok, melaungkan amaran kepada Thailand apabila menegaskan kelibatnya kali ini adalah untuk meledak jaringan.
Dalam perkongsiannya bersama Nadi Arena, penyerang baru Sabah FC itu mengakui setiap peluang gol perlu dimanfaatkan susulan lawan dijangka mendominasi permainan.
Darren lebih banyak membantu rakan sepasukan untuk bertahan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.
Ini susulan skuad Gajah Perang melakukan asakan bertali arus ke kubu Malaysia setelah dibolosi dengan jaringan Faisal Halim pada awal babak pertama.
Mahu memastikan Thailand tidak bermaharajalela di atas padang, pemain kacukan England-Malaysia itu tekad memainkan peranan penting di kubu gol lawan dalam perlawanan kali ini.
"Sebagai penyerang saya mahu cuba mendapatkan jaringan. Bertemu Thailand mereka menghadirkan permainan yang sukar buat kami. Kami berharap peluang akan tiba dalam perlawanan esok untuk saya mendapatkan jaringan," kata Darren.
Darren yang baru meledak satu gol dalam kempen Piala AFF 2022 mengakui barisan pemain negara berdepan cabaran berbeza berdasarkan aksi terakhir skuad negara di bumi Thailand.
Ia membabitkan aksi di kejohanan King's Cup September lalu sekalipun anak buah Kim Pan-gon berjaya meraih kemenangan menerusi sepakan penalti susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan.
"Perlawanan esok semestinya berbeza, Thailand bakal diperkuat penyokong mereka dan kami akan kekal bermotivasi tinggi untuk memastikan tempat ke final."