Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF B-23: Peluang tambat hati Maloney

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maloney.jpg
Tiada nama utama seperti Luqman Hakim Shamsudin mahupun Mukhairi Ajmal Mahadi tatkala jurulatih B-23 negara, Brad Maloney, memberikan tumpuan kepada tonggak yang terdiri seperti Nur Azfar Fikri Azhar, V.Ruventhiran dan Haris Naem dalam kempen Piala AFF B-23 di Kemboja, bulan depan.  

Jurulatih menganggap saingan itu sebagai batu loncatan apabila melibatkan beberapa muka baru untuk merebut tempat menjelang tumpuan sebenar iaitu Piala AFC B-23 di Uzbekistan, Jun depan.

"Kami sudah berbincang dengan pengurusan termasuk pengarah teknikal dan barisan kejurulatihan. 

"Saya mahu menggunakan peluang ini kepada muka baru, beri pendedahan untuk mereka menguji kemampuan sendiri. 

"Kami juga mahu lihat sebanyak mana pilihan yang kami ada di dalam kumpulan pemain ini. 

"Ini adalah peluang merebut tempat bagi muka baru dan juga pemain yang kurang mendapat aksi persahabatan sebelum ini," katanya yang akan kembali ke Malaysia Rabu ini. 




 

Advertisement

Must Watch Video