Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menganggap halangan luar biasa yang dialami skuad B-16 negara di Surabaya, Indonesia perlu diperhalusi dan tidak terikat dengan undang-undang yang menafikan hak FAM bersuara.
FAM memiliki pendapat tersendiri mengapa isu itu perlu dipanjangkan kepada pihak penganjur untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku.
Badan induk itu turut menafikan sengaja memperbesarkan isu itu, malah memiliki pendapat tersendiri, selain tidak mahu isu itu tergendala oleh kerana peraturan yang kurang jelas.
Stuart merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkaitan artikel 14.6.3.
"Perkara ini agak luar biasa. Penyokong yang hadir melontarkan kata-kata yang kurang senang kepada pemain-pemain negara dan saya meletakkan sebarang tindakan kepada AFF," katanya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin menyatakan kesal dengan apa yang didakwa tindakan melampau penyokong Indonesia yang menghina Malaysia.
Penyokong skuad republik itu didakwa melaungkan sorakan berbunyi "Malaysia itu anjing" ketika perlawanan sulung skuad B-16 kebangsaan dalam Kejohanan B-16 AFF 2018 bertemu Thailand di Stadium Joko Samudro, Surabaya, Isnin lalu.
Bagaimanapun, FAM masih menunggu lanjutan daripada Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) yang ketika ini sedang mengumpul maklumat, laporan dan bukti untuk membincangkan isu keselamatan ini dengan lebih terperinci.
"AFF masih lagi menilai secara terperinci dan mengumpul maklumat bagi menyelesaikan masalah ini," tambahnya.