Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF B-16: Dr. M minta isu provokasi Malaysia-Indonesia dihentikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mahathir.jpg
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menggesa setiap provokasi Malaysia-Indonesia dalam saingan Piala AFF B-16 segera dihentikan bagi menghalang sebarang kesan lanjutan yang lebih parah.

Tidak mahu menghembuskan lagi semarak yang dihadapi Malaysia-Indonesia, Dr Mahathir bimbang ia akan menjadi barah melibatkan rakyat kedua-dua negara.

Isu ini perlu segera dihentikan, kerana bagi Dr. Mahathir, Malaysia-Indonesia tidak perlu melewati isu panas yang memecah-belahkan mereka ketika kedua-dua negara ini dilabel sebagai serumpun.

"Kita perlu mengambil pendekatan toleransi terhadap perkara ini. Saya berharap perkara ini dapat dilupakan," kata Dr. Mahathir.

Lebih-lebih lagi, saingan Sukan Asia 2018 hanya akan berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi.

Jika provokasi ini berterusan tanpa ada pihak yang mengalah, hal itu hanya menjadi jawapan kepada keretakan sedia ada.

Selain ditujukan kepada netizen, ia juga relevan untuk individu berpengaruh dalam bola sepak kedua-dua negara agar memberikan saranan lebih positif dalam menyelesaikan isu ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini menyatakan kesal dengan apa yang didakwa tindakan melampau penyokong Indonesia yang dikatakan menghina Malaysia.

Penyokong skuad republik itu didakwa melaungkan sorakan berbunyi "Malaysia itu anjing" ketika perlawanan sulung skuad B-16 kebangsaan kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib dalam Kejohanan B-16 AFF 2018 bertemu Thailand di Surabaya, Isnin lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video