Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF B-16: AFF bertanggungjawab ambil tindakan

aff.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berada dalam kedudukan yang memihak kepada mereka berhubung bantahan insiden Piala AFF B-16 tetapi memiliki syarat tertentu.

Keutamaan perlu diisi pengurusan skuad negara adalah mengemukakan laporan awal, dalam tempoh tiga jam selepas insiden yang berlaku, merujuk kepada artikel Jawatankuasa Disiplin 14.6.3 Piala AFF B-16 Tahun.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin menyatakan kesal dengan apa yang didakwa tindakan melampau penyokong Indonesia yang dikatakan menghina Malaysia.

Penyokong skuad republik itu didakwa melaungkan sorakan berbunyi "Malaysia itu anjing" ketika perlawanan sulung skuad B-16 kebangsaan kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib dalam Kejohanan B-16 AFF 2018 bertemu Thailand di Surabaya, Ahad lalu.

Lanjutan isu itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telahpun menerima kunjungan Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, hari ini.

AFF memiliki kuasa untuk menjatuhkan pelbagai bentuk hukuman kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) merujuk kepada tindakan awal FAM terlebih dahulu.

"Andai Jawatankuasa Pertandingan AFF akan bertanggungjawab untuk segala bantahan yang dibuat pasukan, maka mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul.

Bentuk hukuman yang boleh dijadikan rujukan pihak AFF ialah denda yang dikenakan AFC ke atas FAM.

"Mereka boleh menggunakan insiden sebagai rujukan tetapi segala keputusan tertakluk kepada bukti serta laporan yang telah diterima."

Advertisement

Must Watch Video