Jika tidak berlaku sebarang kecederaan serius, bintang muda, Akhyar Rashid, tetap berada dalam perancangan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, ke Piala Suzuki AFF walaupun menyedari pemain itu berdepan jadual ketat selepas pulang daripada Sukan Asia 2018.
Selepas ini, Akhyar bukan sahaja terpaksa membantu Kedah dalam saingan Piala Malaysia, malah akan bersama skuad B-19 untuk kempen Kejohanan AFC di Jakarta, Oktober ini.
Situasi itu pasti menimbulkan keperitan kepada Akhyar untuk beraksi dalam Piala AFF jika tersenarai dalam skuad negara.
Namun, Cheng Hoe tetap mahu mengambil risiko kerana tidak rela kehilangan pemain yang memiliki kualiti seperti Akhyar yang mampu memberikan impak kepada pasukan.
"Pemain-pemain tersebut tidak akan mengalami kepenatan, terutama bagi mereka yang banyak terbabit dalam kejohanan.
"Kami perlukan pemain seperti Akhyar yang boleh menawarkan sesuatu dalam pasukan.
"Saya akan memantau (perkembangannya)," kata Cheng Hoe.
Mengenai salah satu aksi persahabatan bertemu Kemboja pada 10 September ini, Cheng Hoe ada alasan tersendiri mengapa memilih ke Phnom Penh walaupun akan bertemu sekali lagi dalam peringkat Kumpulan A, Piala AFF.
Selain Kemboja, skuad negara akan terbang ke Taipei terlebih dahulu untuk berdepan Taiwan pada 7 September.
"Ramai yang mempersoalkan mengapa saya memilih untuk menentang Kemboja walaupun kami akan menentang mereka dalam aksi pertama Piala AFF nanti.
"Sudah tentu ia satu persediaan awal kerana padang di Kemboja adalah rumput tiruan. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dan pada masa sama, kami berkemungkinan tidak akan membawa pemain utama untuk aksi persahabatan nanti," ujar beliau lagi.