Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, pening untuk mencatur strategi terbaik menentang Stallion Laguna menjelang aksi peringkat Kumpulan G Piala AFC pada Khamis.
Ini susulan ramai pemain yang mengalami kecederaan sekaligus menyaksikan Tomislav enggan kehilangan lebih ramai lagi pemain menjelang aksi berdepan Sri Pahang pada Ahad.
Dalam masa sama, Terengganu juga mahu memastikan tiga mata penuh ke atas pasukan dari Filipina itu di laman sendiri demi kedudukan selesa, sememangnya ia menguji kemampuan Steinbruckner untuk menurunkan siapa pemain terbaiknya nanti.
"Terdapat beberapa pemain masih lagi dalam proses pemulihan dan dapat diturunkan dalam perlawanan Khamis ini," kata Tomislav.
"Saya percaya jika persiapan kami dijalankan dengan baik, kami yakin mampu mendapatkan tiga mata penuh."