Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala AFC: Saingan masih terbuka, Abraham Placito percaya Laguna raih mata berharga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

laguna.jpg
Tonggak pertahanan Stallion Laguna, Abraham Placito, percaya peluang pasukannya untuk terus bersaing dalam Kumpulan G Piala AFC kembali terbuka susulan keputusan seri berdepan Terengganu FC.

Mata sulung yang diraih itu turut memberikan suntikan semangat buat pasukannya terutama selepas dikecewakan dengan kekalahan besar dalam dua aksi terdahulu.

Pemain dari Amerika Syarikat itu berharap Stallion mampu melakukan kejutan sekali lagi ketika melayani kunjungan skuad Peteh di Stadium Binan 8 November ini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video