Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, mengakui berdepan persiapan berliku untuk perlawanan separuh akhir Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara, pertengahan Februari depan.
Sabah tumbang 1-3 kepada wakil Indonesia, PSM Makassar, di Stadium Likas malam tadi tetapi ia tidak menyekat langkah mereka ke peringkat kalah mati.
"Adalah bagus untuk layak tetapi tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan jadi kami perlu perkemaskan semula permainan.
"Kalau mahu pergi lebih jauh dan kami sekali lagi perlu buat persiapan rapi apabila perlu berehat panjang selepas ini.
"Banyak yang perlu dipertimbangkan selepas perlawanan ini," katanya selepas perlawanan.
Begitupun, Kim Swee mengakui mereka hanya mampu menyalahkan diri sendiri atas gol yang dibolosi hingga menghalang usaha kebangkitan mereka.
"Kami tidak mengambil peluang dengan baik dan kami tahu Makassar bertahan dengan taktikal.
"Kami dihukum serangan balas dan pujian harus diberikan kepada pihak lawan," katanya.

Piala AFC : Ong Kim Swee anggap kekalahan di perlawanan terakhir bukanlah petanda yang baik untuk Sabah..??#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/1AlNR1cUGN
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 14, 2023