Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Info siaran langsung & live streaming Terengganu vs Stallion Laguna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hd_promo_8.jpg
Terengganu akan sekali lagi bertemu Stallion Laguna dalam aksi keempat perlawanan Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Binan petang esok.

Dalam aksi di Kuala Terengganu pada hujung bulan lalu, Sang Penyu terpaksa menantikan jaringan penyamaan saat-saat akhir Adisak Kraisorn untuk mengikat Stallion 2-2, sekali gus mengelak kekalahan pertama dalam kempen tahun ini.

Mampukan Terengganu kembali merampas tangga teratas peringkat kumpulan? Saksikan siaran secara langsung di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan yang akan bermula pada jam 3.30 petang esok.

 

Advertisement

Must Watch Video