HAIPHONG 3 SABAH 2
Sabah berdepan kekalahan pertama dalam saingan Piala AFC musim ini apabila tewas 2-3 di tangan Haiphong dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Lach Tray, Vietnam sebentar tadi.
Sabah tidak tewas dalam dua perlawanan pertama Piala AFC, di mana mereka menewaskan Hougang United 3-1 di Likas sebelum membelasah PSM Makassar 5-0 di laman lawan.
Bagaimanapun, aksi kali ini jelas berbeza apabila The Rhinos ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama gara-gara melepaskan jaringan Nguyen Huu Son dan Tien Dung Dam, masing-masing pada minit ke-14 dan 18.
Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu melakukan segala-galanya untuk menyamakan kedudukan dalam babak kedua sehinggalah Ramon Machado mengurangkan defisit jaringan itu pada minit ke-71.
Bagaimanapun, situasi itu hanya bertahan selama seminit sebelum Haiphong kembali berkelebihan dua gol menerusi jaringan kedua peribadi Dung Dam.
Semangat tidak berputus asa dipamerkan pasukan Negeri di Bawah bayu untuk kembali merapatkan kedudukan hasil rembatan jarak jauh Gary Steven Robbat pada minit ke-80 tetapi gol penyamaan yang dicari-cari tidak kunjung tiba sehingga ke wisel penamat.
Kekalahan itu menyaksikan Sabah tergelincir satu anak tangga ke kedudukan kedua Kumpulan H untuk membenarkan Haiphong menjadi pendahulu baru, masing-masing dengan enam mata.
Kedua-dua pasukan berkenaan akan kembali bertemu di Likas pada 9 November ini.