Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, tetap menyuarakan kebimbangannya mengenai ketumpulan jentera serangan pasukan itu biarpun berhasil mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.
The City Boys meneruskan kemaraan selaku naib juara Kumpulan H selepas menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers, 2-1 di Stadium KLFA, Cheras semalam.
Kemenangan itu menyaksikan mereka akan berdepan kelab Vietnam, Viettel FC -- yang merupakan juara Kumpulan I -- dalam aksi separuh akhir berkenaan pada 9 Ogos depan.
Bojan mengakui lega apabila KL City dapat meneruskan kemaraan tetapi menyedari bahagian depan pasukannya perlu lebih tajam seandainya mahu mara lebih jauh.
"Dalam perlawanan ini, seperti yang dijangkakan, mereka lebih gemar menguasai bola dan pasukan kami sebenarnya tidak pernah dapat menguasai permainan kecuali ketika berdepan PSM Makassar," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.
"Kami tahu apabila diberi ruang, kami boleh mencipta peluang dan kami mencipta banyak peluang dalam perlawanan ini.
"Tetapi masalah terbesar kami tahun ini adalah penyudah dan sekali lagi, anda dapat melihat masalah sama hari ini.
"Perlawanan ini boleh berakhir dengan 6-1 tetapi boleh juga berakhir dengan 2-2.
"Apa yang penting adalah sasaran kami untuk layak ke pusingan berikutnya dan kami telah melakukannya.
"Tidak kira sama ada anda layak selaku juara atau naib juara kerana di peringkat seterusnya, empat pasukan yang tinggal adalah pasukan yang baik.
"Kami akan bertandang ke Vietnam dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi memang tiada lawan mudah dalam pusingan berikutnya," katanya.