Skip to main content

Bola Sepak

PFAM: Pemain-kelab perlu ada kesedaran kontrak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izham.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail, menggesa semua pihak terlibat dalam penawaran dan penerimaan kontrak agar menghormati institusi perundangan bola sepak supaya isu pelanggaran kontrak dapat dinoktahkan.

"Apabila semua pihak faham isi dan kesan kontrak yang ditandatangi, ia sudah cukup untuk mempersiapkan semua pihak  menghadapi musim depan. Ini agar kita boleh tahu bila gaji perlu dibayar dan perkara yang akan berlaku sekiranya tidak dibayar. 

"Apabila semua orang faham bahawa kita ada undang-undang yang meliputi isu kontrak, ia sudah sudah memadai untuk Liga Malaysia tanpa isu gaji yang sangat mengganggu bola sepak Malaysia selama ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Izham yang ditemui dalam satu majlis Rumah Titian Kaseh juga berpandangan bahawa isu tunggakan gaji bukanlah satu perkara baru dalam saingan liga domestik dan tidak menolak kemungkinan isu ini akan berlarutan.





"Ia sentiasa berlaku dan kami sentiasa bersedia dengan isu ini. 

"Itulah gunanya kesedaran. Saya menyeru semua pihak agar lebih cakna dengan kontrak yang ditandatangi agar tiada masalah pada kemudian hari," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video