Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pestabola Merdeka: Palestin berkemungkinan tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
'Belum sah', itu sedikit sebanyak penjelasan yang diperoleh pada waktu ini, mengenai status penarikan diri skuad bola sepak lelaki Palestin daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023.

Ini susulan situasi tegang di semenanjung Gaza ekoran serangan terbaru tentera Israel -- sekaligus memungkinkan pembatalan skuad bolasepak Palestin untuk ke Malaysia bagi bersaing di Kejohanan Tertua Asia, bermula 13 Oktober.

Terdapat kemungkinan besar Palestin tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka dengan Football Palestine di lawan Twitter memaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) menghentikan semua perlawanan liga di negara itu sementara waktu.

Malah, mereka turut memberi bayangan bahawa penyertaan skuad kebangsaan Palestin dalam Pestabola Merdeka juga mungkin terjejas.

Advertisement

Must Watch Video