Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka: Menteri seru FAM segera umum venue final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh_1.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memperjelaskan isu pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue Kejohanan Pestabola Merdeka Edisi Ke-42. 

Keputusan itu sebenar diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Semalam, Malaysia membuka saingan kempen Pestabola Merdeka dengan kemenangan ke atas India, namun isu rumput zeon zoysia nampaknya lebih membayangi kejayaan Harimau Malaya berikutan padang tidak berada di tahap yang sepatutnya.

Apa pun, Hannah berharap badan induk itu segera mempertimbangkan venue terbaik yang bakal menjadi saksi pertemuan final di antara skuad kebangsaan dan Tajikistan, Selasa ini.

"Yang nak pilih untuk menggunakan SNBJ adalah FAM jadi saya masih menunggu kenyataan daripada FAM kerana PSM sudah keluarkan kenyataan bahawa peringkat optimum belum capai tetapi inilah yang terbaik untuk diberi setakat ini. 





"Saya lihat keputusan sama ada nak bermain di SNBJ pada Selasa depan perlu diputuskan oleh Harimau Malaya, jurulatih dan FAM sendiri. 

"Kami tidak menghalang jika itu keputusan terbaik untuk Harimau Malaya dan kami bersedia menyediakan SNBJ. 

"Jika Harimau Malaya rasa ini tidak cukup untuk mereka dan perlukan stadium lain, maka mereka kena stadium lain. 

"KBS pula hanya mempunyai SNBJ sahaja," katanya.




Hannah hadir menyempurnakan penyerahan jam tangan Huawei GT-4 kepada 32 pemenang pingat Sukan Asia Hangzhou.

Dalam majlis itu, Hannah menzahirkan kepentingan tajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

"Kalau tanggungan sukan hanya dipikul Majlis Sukan Negara (MSN) memang agak beratlah," katanya.  

 

Advertisement

Must Watch Video