Kehangatan Pestabola Merdeka 2024 kian terasa apabila pasukan luar negara yang bertanding kali ini mula menjejakan kaki di bumi Malaysia.

Terbaharu adalah pasukan Filipina yang baru sahaja selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi untuk turut sama menyertai kejohanan tersebut.

Filipina akan berdepan dengan tuan Rumah, Harimau Malaya Rabu ini jam 9.00 Malam dalam aksi perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Ia sekaligus merupakan ujian pertama buat pengedali baru negara Pau Marti dalam aksi antarabangsa selepas menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan.

Sudah pastinya semua peminat bola sepak tanah air mahu melihat bagaimana perkembangan terkini skuad Harimau Malaya selepas kehilangan Pan Gon.

Selain Filipina dua lagi pasukan yang bakal berentap pada Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung daripada 4 hingga 8 September ini ialah Tajikistan dan Lubnan.

Kedua-dua pasukan itu juga akan turun berentap dalam aksi pertama mereka Rabu ini.

Pemenang bagi kedua-dua perlawanan itu akan bertemu di Final manakala dua pasukan yang tewas pula akan merebut tempat ketiga dengan kedua-dua perlawanan tersebut akan dilangsungkan
pada 8 September 2024.