Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, menganggap tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pemain berikutan kekalahan Malaysia kepada Tajikistan di pentas final Pestabola Merdeka semalam.
Cools menjelaskan bolasepak merupakan permainan berpasukan dan semua pemain harus mengambil tanggungjawab untuk kembali bangkit memperbaiki prestasi pasukan.
Meskipun tewas, dia percaya masih ada perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan final termasuklah penguasaan bola milik Malaysia meskipun berdepan pasukan di ranking yang lebih baik.
"Buat masa ini, ia amat mengecewakan namun terdapat perkara positif yang dapat diambil dalam perlawanan ini. Perlawanan penting akan tiba November ini dan kami akan bersedia," katanya menerusi Nadi Arena.
"Kami tetap akan bertindak sebagai satu pasukan, menang atau kalah kami akan menerimanya sebagai pasukan."
Dalam perkembangan sama, tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Matthew Davies, mengakui kecewa gagal untuk menghadiahkan gelaran Pestabola Merdeka kali ke-11 buat seluruh rakyat Malaysia.
Tegas Davies, dia dan rakan sepasukan sudah memberikan segala yang termampu namun nasib dan rezeki ternyata bukan di pihak Harimau Malaya.
Davies percaya, kekalahan kepada Tajikistan bukanlah penamat kepada segala-galanya sebaliknya ia merupakan permulaan kepada detik kebangkitan Malaysia yang bakal mengharungi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini.