Pengurus Chelsea, Antonio Conte, percaya keupayaan pemainnya untuk cepat menyesuaikan diri dengan sistem pertahanan baru adalah kunci kepada kejayaan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Skuad The Blues, yang menjulang trofi selepas membenam Sunderland 5-1 malam tadi, sudah mengesahkan kejuaraan dengan menewaskan West Brom awal bulan ini.
Transformasi Chelsea di bawah Conte, sebahagiannya, menyaksikan pertukaran daripada bermain empat di belakang kepada tiga pemain pertahanan.
Dan jurulatih berbangsa Itali itu berkata peralihan lancar dengan pendekatan taktikalnya memainkan peranan penting untuk skuad kembali ke puncak bola sepak Inggeris berikutan kekecewaan musim lalu selepas menamatkan saingan di tempat ke-10.
"Perubahan ini adalah sangat penting bagi kami kerana kami menemui keseimbangan yang betul dan setiap pemain gembira dengan jenis situasi ini," katanya kepada Sky Sports. "Ini adalah detik utama.
"Saya perlu gembira kerana pemain tidak pernah bermain dengan sistem ini dan ia berubah sama sekali.
"Bermain tiga di belakang adalah sama sekali berbeza dengan bermain empat dan ia tidak mudah. Tetapi saya mendapati mereka hebat dan pemain yang hebat."
Chelsea boleh menambah kejayaan Piala FA apabila mereka menghadapi Arsenal di Wembley hujung minggu depan, dan Conte berkata pencapaian dalam musim pertamanya di Stamford Bridge adalah perkara yang diimpikannya.
"Saya bermimpi ini tetapi jika anda bertanya kepada saya pada hari pertama saya di Chelsea jika saya akan sampai ke akhir musim dengan memenangi liga, dan juga untuk berada dalam perlawanan akhir Piala FA, ia adalah amat sukar bagi saya untuk membayangkannya," tambahnya.
"Kini, melalui kerja-kerja kami, kami telah mencapainya dan ia adalah masa untuk menikmatinya bersama peminat kami.
"Sungguh mengagumkan bagi saya, untuk pemain dan kelab. Ia adalah satu pencapaian besar untuk kami selepas musim yang sangat sukar. Jangan lupa ini.
"Tetapi kini ia adalah masa untuk menikmati kejayaan ini."