Skip to main content

Bola Sepak

Pertemuan Melaka, PKNS esok ditunda

shukor-adan.jpg
Perlawanan Liga Super ke-21 membabitkan pasukan Melaka United dan PKNS FC yang dijadulkan berlangsung di Stadium Hang Jebat esok,  ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Farhan Ibrahim , menerusi satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan permohonan pasukan PKNS FC kepada Malaysia Football League (MFL) untuk menunda perlawanan tersebut.

 “Kami di pihak MUSA akan sentiasa menghormati dan memberi kerjasama kepada sebarang keputusan penangguhan perlawanan yang ditetapkan oleh pihak MFL,” katanya.

Dia juga menegaskan MUSA sentiasa prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pasukan PKNS FC dan mendoakan agar semua pemain pasukan berkenaan yang terlibat dengan jangkitan virus Influenza B dapat kembali pulih.

  -- BERNAMA

Kredit foto: MelakaUnitedSA

Advertisement

Must Watch Video