Skip to main content

Bola Sepak

Persembahan terburuk TFC II -- Tengku Hazman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_5544.jpg
Nada kecewa gagal disembunyikan pengendali Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan, selepas menyaksikan kekalahan 1-2 pasukannya kepada Sarawak di Kuala Terengganu, malam tadi.

Bekas kapten skuad negara itu mengakui semuanya serba tidak menjadi buat juara Piala Cabaran 2018 itu sambil menyifatkan TFC II beraksi di bawah kemampuan sebenar.

Jaringan awal Akanni Sunday Wasiu juga gagal dipertahankan, sebaliknya TFC II lebih tertekan hingga membenarkan Sarawak bangkit dengan dua gol.

"Semua posisi tidak bermain seperti yang diharapkan dan ini aksi paling teruk TFC II. Memang patut kami kalah dengan cara permainan seperti ini.

"Sebaik sahaja Sarawak menyamakan kedudukan, pemain-pemain saya bagaikan tertekan dan mula bermain secara individu," luah Tengku Hazman.

Pemain import Sarawak, Hudson Dias, muncul wira skuad pelawat selepas merampas bola dari kaki Marcel N'Guessan ketika TFC II memperoleh sepakan sudut.

Hudson kemudian membuat larian solo yang gagal dihalang TFC II sebelum mudah menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukannya pada minit ke-75.

"Kami tidak lagi bermain sebagai satu pasukan dalam babak kedua dan kehilangan bola di kawasan mereka.

"Bukan seorang, dua tapi semua pemain bagaikan tiada keyakinan diri," kata Tengku Hazman lagi.

Advertisement

Must Watch Video