Pasukan di ranking ke-175 dunia, Nepal, melakar kejutan apabila memperoleh tonik terbaik selepas menewaskan Singapura menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Malaysia, minggu depan.
Dalam aksi pemanas badan itu, gol tunggal Nepal dijaringkan oleh Gillespye Jung Karki pada minit ke-12.
The Lions akui tertekan, namun segalanya tidak menjadi untuk mengatur serangan demi mempamerkan kebangkitan.
Jurulatihnya, Tsutomu Ogura tidak berselindung meluahkan kekecewaannya terhadap persembahan anak buah yang gagal memiliki kelebihan di tempat sendiri.
"Jika permainan sebegini, kami tidak akan menang menentang mana-mana pasukan.
"Secara jujurnya, ini adalah persembahan terburuk Singapura sepanjang tempoh saya menjadi jurulatih di sini.
"Tiada apa yang boleh dibanggakan," katanya.
Untuk sambungan daripada kenyataan pengendali dari Jepun tersebut, ini video sidang media selepas aksi berlangsung semalam.
Selepas ini, Harimau Malaya akan menanti kunjungan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi pertama Kumpulan F.

“Worst performance (in my tenure…)” - @FASingapore head coach Tsutomu Ogura did not mince his words as Singapore suffered a ‘shock’ 1-0 defeat to Nepal ahead of their @afcasiancup match against Hong Kong on 25 March.
— Zia-ul Raushan (@raushansays) March 21, 2025
Thoughts on the Lions’ showing? ??? pic.twitter.com/73duBMWDUm