MALAYSIA 5 NEPAL 1
Skuad negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nepal 5-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa tertutup di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.
Darren Lok menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan pada minit ke-33 sebelum menyudahkan sepakan penalti dua minit kemudian.
Pemain tengah, Stuart Wilkin, kemudian melebarkan kelebihan Harimau Malaya, hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung sebelum Daniel Ting menjaringkan gol keempat pasukan bimbingan Kim Pan-gon itu pada minit ke-53.
Skuad negara seterusnya akan berlepas ke Oman bagi perlawanan menentang pasukan tuan rumah itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 Mac ini.