Unai Emery menegaskan usaha Arsenal melengkapkan perpindahan pemain sayap Lille, Nicolas Pepe, masih belum diselesaikan.
Presiden Lille, Gerard Lopez, memberitahu RMC Sport semalam bahawa perpindahan Pepe ke Arsenal dengan yuran perpindahan EURO80 juta (RM366 juta) akan disempurnakan tidak lama lagi.
Yuran perpindahan itu akan memecahkan rekod perpindahan Arsenal tetapi Emery masih lagi berhati-hati dengan masa depan pemain kebangsaan Ivory Coast itu walaupun mencadangkan Pepe bukan satu-satunya pemain yang bakal tiba di Stadium Emirates.
"Dia bermain di Angers beberapa tahun lalu, kemudian di Lille. Dia telah berkembang menjadi seorang pemain berkualiti," kata Emery.
"Kami banyak bercakap mengenai barisan pemain. Kami mahu memilih pemain yang benar-benar dapat membantu pasukan, menghadirkan persembahan terbaik dan memperbaiki mutu pasukan.
"Kami memiliki beberapa pilihan lain. Buat masa ini, perpindahannya sebelum diselesaikan tetapi Pepe bukan satu-satunya pemain yang berada dalam pemantauan kami.
"Kami telah mendapatkan khidmat Dani Ceballos dan memiliki kemungkinan menandatangani Pepe. Kami mencari jalan terbaik untuk meningkatkan mutu persembahan pasukan."
Emery turut membincangkan masa depan Laurent Koscielny selepas dia enggan mengikut pasukan menghadapi saingan pramusim selepas dikhabarkan mahu kembali ke Ligue 1.
"Dia seorang pemain yang penting buat kami. Kami telah berbincang dengannya dan pasukan mengenai tanggungjawab saya, tanggungjawab pasukan dan tanggungjawabnya," tambah Emery.
"Saya akan bercakap dengan Koscielny bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. Secara keseluruhannya, kami amat memerlukan pemain sepertinya. Koscielny seorang pemain yang berpengalaman."