LIGA SUPER MSIA
Perlawanan Sumbangsih: Selangor sedia terima hukuman MFL
Selangor bersedia menerima apa sahaja keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas penarikan diri daripada Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Iskandar Puteri, yang sepatutnya berlangusng malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata kelab itu berharap hukuman yang akan dikenakan itu tidak akan membebankan pasukan mereka.
Terdahulu, Selangor memilih untuk tidak hadir ke Perlawanan Sumbangsih atas faktor keselamatan susulan insiden bintang utama mereka, Faisal Halim, disimbah asid.
Iklan
Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
Selangor akur apa sahaja keputusan MFL tapi janganlah terlalu membebankan pasukan. - DS Shahril Mokhtar susulan Selangor tarik diri Perlawanan Sumbangsih. @ASTROARENA pic.twitter.com/mfpbm9ggd1— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 10, 2024
Must-Watch Video