BOLA SEPAK MSIA
Perlawanan Malaysia lwn Oman dapat disaksikan menerusi pelbagai platform
Harimau Malaya bakal turun beraksi menentang Oman bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada jam 10.00 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Justeru itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menggesa orang ramai membanjiri SNBJ pada malam ini bagi memberikan sokongan buat pasukan Harimau Malaya.
Iklan
Tiket perlawanan Malaysia dan Oman malam ini juga telah terjual hampir 20 ribu pada sekitar jam 11 pagi tadi.
Jika anda tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro Arena saluran 801HD dengan pra rancangan bermula seawal jam 9.30 malam.19,546 TIKET TELAH TERJUAL!1️⃣1️⃣ jam lagi menjelang perlawanan keempat Kumpulan D, Kelayakan #FIFAWorldCup #AsianCup2027 Malaysia lwn Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10:00 malam ini.Dapatkan tiket di https://t.co/5sQSR178rH sekarang!#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fMSDAmiigt— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2024

Sebelum itu, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan di sekitar SNBJ pada jam 8.30 malam menerusi siaran Pesta Penyokong yang boleh disaksikan di platform Youtube Astro Arena.
Pihak KBS turut menyediakan tayangan skrin besar di seluruh Malaysia, daripada negeri Perlis (Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra) hinggalah ke Sabah (Padang Ragbi ERC), manakala tumpuan di lembah klang sudah pasti di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Oleh itu, pelbagai platform telah disediakan buat anda memberikan sokongan kepada pasukan negara bagi mengejutkan Oman di tanah air kita.? Panggilan Negara, Ayuh Bangkit Harimau Malaya! ?Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 ? ⚽️Selamanya Harimau Malaya, JBSN Bersama ?? pic.twitter.com/XqvZKeApoc— JBSNegara (@JBS_Negara) March 24, 2024
Selamat berjuang Malaysia!
Must-Watch Video