Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester City dan West Ham, yang sepatutnya berlangsung hujung minggu lalu, dipinda ke awal pagi Khamis depan.
Kerisauan berkenaan ancaman Taufan Ciara hujung minggu lalu menyaksikan perlawanan itu terpaksa dibatalkan, lebih kurang lima jam sebelum sepak mula di Stadium Etihad.
City dan West Ham sedang menikmati waktu rehat pertengahan musim dan pindaan terbaru itu menyaksikan mereka perlu menamatkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkan.
Selepas bertemu The Hammers, City akan berkunjung ke laman Leicester City pada 22 Februari ini, empat hari sebelum bertemu Real Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah.
Editor: Muzaffar Musa