Skip to main content

Bola Sepak

Perkembangan Juventus terbantut -- Sarri

sarri.jpg
Maurizio Sarri berkata perkembangan "Juventus telah terbantut' tetapi pengurus itu tidak berasa gusar selepas jaguh Serie A berkenaan tang diikat 1-1 ketika bertemu Milan dalam Coppa Italia, awal pagi tadi.

Jaringan penalti kontroversi pada minit ke-90 menyaksikan Cristiano Ronaldo membantu Juve mengikat 10 pemain Milan dalam pertembungan separuh akhir pertama itu.

Selepas tumbang di Hellas Verona, yang membenarkan Inter untuk menerajui Serie A minggu lalu, Juve sekali lagi mempamerkan aksi goyah sambil Milan pula menonjol.

Gol pembukaan Ante Rebic pada minit ke-61 kelihatan sudah memadai buat Milan untuk meraih kelebihan. Tetapi detik Davide Calabria dihukum ekoran kerana bola terkena tangannya -- Ronaldo tidak membuat sebarang kesilapan untuk menyempurnakan tendangan penalti itu.

The Old Lady hanya menang sekali daripada empat perlawanan terakhir tetapi Sarri enggan mengambil pusing dengan sebarang tekanan di sebalik Juve kembali dikaitkan dengan bekas pengendali, Massimiliano Allegri.

"Saya tidak berasa bimbang, satu-satunya kekhuatiran sebenar dalam hidup ini adalah kesihatan. Ia sesuatu yang normal dan tidak mungkin sebuah pasukan itu akan terus meningkat," katanya kepada Rai Sport.

"Sukan ini banyak bergantung kepada keadaan fizikal dan psikologi pemain.

"Pertumbuhan kami sedikit terbantut dalam tiga minggu lalu. Kami melepaskan gol yang sepatutnya boleh dielakkan. Kami telah dibolosi lebih tiga gol berbanding pasukan yang lebih baik dalam Serie A, jadi ia bukan masalah besar."

Tambahnya: "Kami bertambah baik daripada segi hantaran termasuk gerakan dari pertahanan tetapi kurang (berbahaya) di kawasan lawan. Ini adalah satu proses dan kami akan meneruskannya.

"Kami telah melepaskan beberapa jaringan yang boleh dielakkan. Sebagai contoh, hantaran silang (membabitkan jaringan Milan) sebenarnya agak lemah dan pada pandangan saya, ia mudah untuk dikekang. Kami telah beraksi buruk di Verona tetapi menganggap ia satu keputusan positif, lebih-lebih lagi kerana ia adalah pertemuan pertama. "

Juve -- pemenang Coppa Italia sebanyak 13 kali -- akan mengalu-alukan kunjungan Milan ke Turin pada 4 Mac depan.

Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found