Skip to main content

Bola Sepak

Perjalanan Spurs masih panjang, kata Conte selepas tewas kepada Wolves

antonio-conte.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 0 WOLVERHAMPTON WANDERERS 2

Pengurus Tottenham, Antonio Conte, berasakan perjalanan perkembangan pasukannya masih panjang selepas perjuangan mereka untuk memburu penamat empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tercalar dengan kekalahan 0-2 kepada Wolves di laman sendiri malam tadi.

Jaringan Raul Jimenez dan Leander Dendoncker dalam separuh masa pertama memberikan pasukan tuan rumah itu kekalahan liga ketiga berturut-turut -- kali kedua Spurs tewas tiga perlawanan liga berturut-turut sepanjang musim ini dan rekod terburuk Conte dalam saingan liga sejak menguruskan Atalanta pada 2009.

Conte enggan mempersoalkan komitmen pemainnya selepas perlawanan itu tetapi mengakui pasukannya perlu melalui satu "perjalanan panjang" dalam usaha mereka untuk bersaing di kedudukan teratas liga sambil menggesa kesabaran terhadap pembinaan semula pasukan itu.

"Tekanan merupakan sebahagian daripada tugas ini, tekanan buat saya dan tekanan buat pemain. Situasi seperti ini merupakan sebahagian daripada tugas kami.

"Apabila saya bercakap mengenai peningkatan daripada banyak aspek (berdasarkan prestasi Spurs), ia bukan hanya untuk hari ini, selepas dua kekalahan di laman sendiri. Itulah yang boleh saya katakan.

"Ia perjalanan yang panjang, laluan yang panjang di depan kami. Amat penting untuk tidak berasa takut ketika menghadapi laluan ini.

"Buat masa ini, kita perlu realistik dan perlu bersatu.

"Penyokong kami perlu faham bahawa anda mungkin perlu bersabar dalam membina situasi di mana kami selalu berada ketika dahulu," katanya.



Advertisement

Must Watch Video