Ivan Perisic mahu mengulangi "keajaiban" Perancis 98 bersama bintang-bintang Croatia yang kini dalam prestasi cemerlang.
Croatia menyertai Piala Dunia pertama mereka 20 tahun lalu dan pasukan yang dibarisi pemain seperti Zvonimir Boban, Robert Prosinecki dan Davor Suker itu mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Perancis dalam laluan kejayaan skuad kendalian Aime Jacquet itu.
Kemenangan berwibawa ke atas Nigeria dan Argentina membawa negara Balkan itu melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 1998, didorong oleh kecemerlangan pemain tengah, Luka Modric, dan Ivan Rakitic, sekali lagi membolehkan mereka mula memasang impian.
"Terdapat banyak perbandingan di antara kedua-dua pasukan," kata pemain sayap Inter, Perisic.
"Mereka melakukan keajaiban di Perancis pada 1998. Saya berumur sembilan tahun ketika menonton perlawanan itu dan kini bermimpi berada dalam situasi sama.
"Sekarang, kami berada di sini dan kami berharap dapat mengejar mereka atau menghampiri mereka. Kami sedia melakukannya."
Croatia tidak bernasib baik dalam Euro 2008 dan Euro 2016 apabila tumpas di peringkat kalah mati dan Perisic berharap pengalaman itu dapat membantu mereka di Russia.
"Kami tidak berada dalam kelompok pasukan pilihan sebelum kejohanan ini dan kami tidak berhak sekalipun," katanya.
"Selama 20 tahun kami tidak dapat mencapai hasil sama seperti yang kami lakukan di Perancis, kami mungkin hampir ketika dalam Euro 2008 di Austria tetapi kami tidak bernasib baik.
"Diharapkan ia akan berulang dalam kejohanan ini. Kami perlu terus melakukan apa yang telah kami lakukan setakat ini."