Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menjelaskan sebarang tindakan berkaitan insiden pergaduhan di antara skuad B-23 negara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi hanya akan ditentukan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Stuart, yang berpengalaman bertugas di Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini, menjangkakan kes yang berlaku di Stadium Shah Alam malam tadi itu akan mengambil masa untuk dinilai kerana membabitkan banyak pihak, termasuk pegawai daripada kedua-dua pasukan.
Perkembangan itu sememangnya melegakan kem negara yang sudah pasti tidak mahu kehilangan sebarang tonggak ekoran kemungkinan penggantungan perlawanan.
"AFC akan meminta surat tunjuk sebab daripada FAM dan UAE.
"FAM perlu membentangkan langkah keselamatan serta aspek pemantauan semasa pergaduhan tersebut.
"Macam-macam lagi perlu dibentangkan dalam laporan lebih terperinci berbanding yang dibuat oleh komisioner dan pengadil perlawanan.
"Perkara ini akan memakan masa beberapa hari dan saya jangkakan akan berlanjutan sehingga empat minggu atau lebih lama lagi," katanya mengenai perlawanan yang dimenangi Malaysia 2-0 itu.
Sebelum itu, kenyataan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, pasti mengundang keresahan jika hukuman boleh diputuskan lebih awal oleh Jawatankuasa Disiplin.
Menurutnya, baik pemain negara mahupun UAE, mereka boleh digantung ketika beraksi dalam Sukan Asia 2018.
"Sekretariat Jawatankuasa Disiplin AFC akan melihat sama ada wujud kes atau tidak.
"Jika ada, maka kami akan bentangkan kepada Jawatankuasa Disiplin untuk diambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Sekiranya didapati bersalah, bila-bila pun kami akan mengambil tindakan," katanya.