Skip to main content

Bola Sepak

Pereyra temui sasaran hasil tuah Capoue

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pereyra.jpg
WATFORD 2 CRYSTAL PALACE 1

Watford dan Roberto Pereyra meneruskan rentetan kecemerlangan mereka dalam musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila skuad bimbingan Javi Gracia itu merakamkan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan dengan mengalahkan Crystal Palace 2-1, sebentar tadi. 


Sentuhan akhir Pereyra sekali lagi menjadi inspirasi Watford hasil ledakannya dari jarak 20 meter pada minit ke-53 selepas merekodkan jaringan berganda ketika berdepan Brighton and Hove Albion.

Jose Holebas menjaringkan gol kedua ketika permainan berbaki 19 minit hantaran lintangnya memerangkap penjaga gawang, Wayne Hennessey.

Kekalahan ini menyaksikan Palace gagal bangkit daripada tewas 0-2 kepada Liverpool minggu lalu yang menyaksikan Etienne Capoue terlepas kad merah ekoran mengasari pergelangan kaki Wilfried Zaha.

Zaha terlepas daripada kecederaan buruk dan melepaskan rembatan untuk mengatasi Ben Foster pada minit ke-78 bagi merancakkan permainan. 

Palace bermula agresif di Vicarage Road yang memperlihatkan Christian Benteke terus bergelut dengan masalah keyakinan. 

Penyerang Belgium itu membenam liar tandukannya sebelum gagal untuk menyempurnakan satu lagi peluang terhidang yang dinafikan Foster.

Pada permulaan babak kedua, Hennessey menyelamatkan situasi bahaya dengan menidakkan percubaan Will Hughes.

Tuan rumah agak tenggelam selepas memimpin perlawanan, Capoue meluru ke hadapan setelah mengasak Zaha sebelum membuat umpanan kepada Pereyra yang sudah pasti akan menimbulkan kemarahan Roy Hodgson.

Pada minit ke-70, Benteke seakan menjelmakan daripada sentuhan lamanya dengan membuat kawalan dada yang menakjubkan sebelum melepaskan tendangan yang melewati palang. Holebas bertindak balas dan percubaannya hampir membawa kesan lebih besar.

Zaha kemudian memungut hantaran pemain gantian, Max Meyer, untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Palace dan mereka sepatutnya membawa pulang satu mata apabila tandukan Joel Ward yang tidak dikawal sedikit tersasar dalam masa kecederaan.

Advertisement

Must Watch Video