Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, tidak melatah melihat barisan anak buahnya gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri sewaktu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam dan menyaksikan jurang untuk merebut tempat kedua Liga Super semakin jauh.
Kekalahan 0-3 di tangan JDT semalam meletakkan Perak di tangga keenam liga dengan 27 mata tatkala pasukan tangga kedua, Pahang, kian selesa dengan 33 mata dan memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Pengendali dari Australia itu mengakui nasib tidak menyebelahi barisan anak buahnya meskipun menguasai permainan berbanding lawan yang bijak menyempurnakan peluang terhad.
“Kami benar-benar mendominasi permainan tetapi jika pemain menggunakan peluang, ia mungkin menjadi aksi berbeza. Namun, kualiti pemain yang dimiliki (lawan) akan membuatkan anda dihukum apabila melakukan kesilapan,” ujar Durakovic.
Pengurus JDT, Luciano Figueroa, mengakui lega membawa pulang tiga mata ke Larkin biarpun mereka sudah dinobatkan sebagai juara liga musim ini, sekali gus menyamai pencapaian edisi 2016 yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu turut melakar kejuaraan dengan rekod tanpa kalah sepanjang 22 perlawanan Liga Super.
“Kami mahu menang dan bagus untuk memiliki penggiliran dalam skuad. Nazmi Faiz beraksi di posisi lain dan dia menjalankan tugas dengan baik. Kami mempunyai pilihan,” katanya.