Perak sudah bersedia untuk mengharungi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Kapten Perak, Shahrul Mohd Saad, berkata setakat ini persiapan pasukannya berjalan lancar dan setiap pemain sedang berusaha memperbaiki kelemahan sedia ada menjelang aksi final berkenaan.
"Kami sudah bersedia untuk membuat perhitungan dengan Kedah.
"Ini peluang merangkul gelaran kedua selepas Piala Malaysia 2018, jadi kami tidak mahu lepaskannya," kata tonggak benteng kebangsaan itu.
Menurutnya, keputusan lalu di antara kedua-dua pasukan itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan kali ini berbeza sama sekali.
"Kami seri di Ipoh tetapi kalah di tempat lawan baru-baru ini dalam saingan Liga Super, namun perlawanan kali ini penting dan pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan," tambahnya.
Bagi Shahrul, kejayaan itu penting kerana dia ingin menyamai pencapaian abangnya, Syamsol Saad, yang merangkul trofi kejohanan kalah mati itu pada 2004.
"Saya berharap sangat dapat bawa pulang Piala FA sekali lagi ke Perak," katanya.
Begitupun, pemain itu sedar tugas berat yang menantinya serta rakan sepasukan kerana Kedah bukan calang-calang pasukan.
Justeru, Shahrul mengajak rakan sepasukannya memberikan persembahan terbaik dalam pertembungan itu.