Perak menghulurkan bantuan kepada PKNP FC apabila meminjamkan dua pemain, Syazwan Zaipol Bahari dan Muhammad Nazirul Afif Ibrahim, bagi menghadapi baki kempen Liga Malaysia 2019.
Pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkata langkah itu diharap dapat membantu skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu yang kini menghadapi bahaya penyingkiran kerana menduduki tangga kedua tercorot Liga Super.
Syazwan pernah dipinjamkan kepada PKNP FC pada musim 2018 sebelum menyertai kembali Perak musim ini.
Nazirul Afif pula adalah anggota skuad B-23 kebangsaan.
"Perak dan PKNP FC ibarat abang adik. Jadi, jika abang tidak bantu adik yang dalam kesusahan, siapa nak bantu," katanya.
Menurut Adly, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA),, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, telah memberi persetujuan terhadap perpindahan dua pemain itu.
Bagaimanapun, pengurus Perak itu berkata Perak tidak dapat melayani gesaan peminat agar penyerang, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, pulang ke pangkuan PKNP FC.
"Minta maaf Shahrel tidak boleh. Kami perlukan khidmatnya," ujarnya di sebalik pemain itu jelas tenggelam bersama pasukan Perak dan tampak hanyut dalam permainan.
Peminat berpendapat pemain berbakat besar itu setakat ini tidak dapat membawa watak selaku pemain utama di bawah bimbingan Mehmet Durakovic.
Justeru, peminat menasihatkan Shahrel Fikri kembali ke pangkuan PKNP FC di mana dia selesa bersama rakan lama serta jurulatih, Abu Bakar Fadzim.