PERAK 3 SABAH 0
Juara bertahan, Perak, melakukan permulaan baik dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia apabila menumpaskan Sabah 3-0 di Stadium Perak, sebentar tadi.
Brendan Gan menghasilkan gol dalam babak pertama sebelum Raianderson Da Costa Morais atau Careca serta Leandro Dos Santos menambah dua lagi jaringan selepas rehat membolehkan skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu memadam impian pelawat menebus kekalahan 5-0 dalam separuh akhir edisi tahun lalu.
Skuad The Bos Gaurus mencipta banyak peluang dan sepatutnya boleh memenangi perlawanan dengan jurang lebih besar jika Shahrul Mohd Saad, Careca dan Ronaldo Henrique Silva menyudahkan peluang diperoleh.
Selepas banyak melakukan asakan, Perak akhirnya mendahului apabila Brendan meledak rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukannya di depan sebelum rehat.
Tambadau yang tampil selaku juara baru Liga Perdana musim ini berusaha memberi tentangan tetapi kesungguhan dipamerkan jelas belum cukup untuk menyekat tuan rumah.
Sebaliknya, mereka mudah diperkotak-katik oleh persembahan kemas anak buah Durakovic.
Lebih perit, aksi lesu pelawat dalam babak kedua memudahkan tuan rumah membuat perhitungan dengan menambah dua gol melalui Careca dan Leandro pada minit ke-50 dan 90.
Kredit foto: MFL
Keputusan lain:
Kumpulan D
MELAKA 3 PDRM FA 1