Skip to main content

Bola Sepak

Perak lunas janji

pafa2768-(1).jpg
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melunaskan janji  pemberian tanah dengan memberi lot tapak rumah seperti yang dijanjikan berikutan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2018.

Penyerahan surat pemberian tanah itu dibuat pada majlis berbuka puasa PAFA di kediaman lama Menteri Besar Perak, malam ini. 

Seramai 39 terdiri daripada pemain dan pegawai 
skuad yang memenangi piala berprestij itu pada 27 Oktober 2018 menumpaskan Terengganu 4-1 melalui penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 menerima watikah daripada Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Difahamkan mereka diberikan lot kediaman di kawasan Chemor /Tanah Hitam, Mukim Hulu Kinta di dalam Daerah Kinta.

Selain tanah, pemain juga berkongsi hadiah kemenangan wang yang diagihkan tahun lalu tetapi tidak diketahui jumlah diterima setiap pemain.

Pada majlis malam tadi, Faizal yang juga Menteri Besar Perak turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 26 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim, Nurul Iman, Kampung Manjoi.

Terdalu kanak-kanak terbabit di raikan oleh pemain The Bos Gaurus itu untuk membeli  pakaian hari raya di pasar raya Maidin, Meru Raya.

Dalam ucapannya Presiden PAFA itu berharap pemain akan mempamer semangat juang kental dalam baki saingan liga Super.

Beliau juga berharap Perak yang sudah mara ke separuh akhir Piala FA musim ini akan berusaha menjulang piala itu untuk menambah koleksi kejuaraan bagi merealisasikan impian meraih satu piala musim ini.

Advertisement

Must Watch Video