Skip to main content

Bola Sepak

Perak lega terima ITC Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-perak_1.jpg
Perak mampu menghela nafas lega selepas menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain import barunya, Ronaldo Henrique Silva, hari ini.

Pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, ketika memaklumkan perkara itu berkata Ronaldo dan seorang lagi pemain import, Raianderson Careca, boleh diturunkan dalam suku akhir kedua Piala FA menentang PKNP FC di Stadium Perak, malam ini.

Sebelum ini, kedudukan Ronaldo dalam perlawanan itu masih samar kerana ITC yang belum tiba. 

Sebaliknya, ITC Careca sudah diperoleh.

"ITC Ronaldo sudah tiba, jadi dia boleh bermain malam ini jika jurulatih mahu menurunkannya. Begitu juga Careca," ujarnya.

Adly, bagaimanapun, yakin Durakovic akan menurunkan barisan terbaik malam ini bagi memastikan kemenangan ke atas PKNP FC.

Beliau berharap dua pemain yang diambil bagi menggantikan Gilmar Jose Da Silva dan Wunder Luiz itu akan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Peminat menanti dengan penuh debaran untuk melihat persembahan kedua-dua pemain itu.

"Pemain Perak pasti sudah tahu apa yang perlu dijangka selepas dua pertemuan dengan PKNP FC sebelum ini.

"Sudah pasti suasana perlawanan malam ini akan berbeza, jadi pemain perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap perlawanan.

"Elak melakukan kesilapan atau akan dihukum pasukan lawan," kata Adly.

Advertisement

Must Watch Video