Juara bertahan, Perak, tidak dapat menggunakan tonggak pertahanan, Amirul Azhan Aznan, untuk perlawanan pembukaan Piala Malaysia menentang Sabah dalam aksi Kumpulan C di Stadium Perak, malam ini.
Pertahanan kanan Perak itu terpaksa disisihkan gara-gara penggantungan kerana mengutip kad merah dalam final Piala FA, minggu lalu.
Ketiadaan pemain itu disifatkan jurulatih, Mehmet Durakovic, sebagai satu tamparan besar kepada Perak dalam misi The Bos Gaurus itu untuk mempertahankan gelaran.
"Kami akan terasa kehilangan Azhan dalam perlawanan ini.
"Saya berharap penggantinya mampu melaksanakan tugas dengan berkesan, " katanya.
Walaupun tidak menyatakannya, kebiasaannya sebarang kekosongan di bahagian benteng akan diberikan kepada Idris Ahmad.
Jurulatih itu berkata perlawanan malam ini amat penting buat Perak bagi membuat permulaan baik.
"Kami perlu menang bagi memenangi kembali keyakinan penyokong selepas gagal memenuhi impian mereka membawa pulang Piala FA.
"Saya berharap pemain mampu mengulangi persembahan bertenaga dan mengelak daripada bersikap terlalu yakin.
"Sabah bukan calang-calang pasukan.
"Mereka memiliki khidmat pemain tempatan dan import berwibawa. Saya menjangkakan perlawanan sengit," katanya.