Perak menepati jolokan selaku "raja kebangkitan" apabila bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menundukkan Selangor 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.
Skuad Gergasi Merah kendalian B. Sathianathan itu bertandang ke tempat lawan dengan hasrat mengutip mata penuh bagi mencerahkan peluang bersaing dalam kedudukan tiga terbaik, namun kesudahannya berputih mata.
Pelawat mendahului dua kali melalui jaringan Taylor Regan dan Endrick Dos Santos pada minit ke-29 dan 45 tetapi anak buah Mehmet Durakovic itu tetap mempamer kebangkitan.
Perak yang turun dengan azam menebus kekalahan 3-0 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu, tampil garang sebaik sepak mula dan mengancam kubu pelawat.
Namun, tuan rumah dikejutkan jaringan Regan hasil perebutan dalam kawasan gol yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-29.
Perak bangkit selepas itu dan usaha mereka menghasilkan ganjaran apabila Mohamad Fandi Othman tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-42 sebelum Endrick menghukum kesilapan bek kanan Perak, Amirul Azhan, untuk Selangor kembali mendahului 2-1 tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, tindakan A. Namathevan menjatuhkan Nor Hakim Hassan beberapa saat kemudian membawa padah apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Leandro Dos Santos untuk mengikat kedudukan 2-2.
Berbanding separuh pertama, corak permainan Selangor berubah dalam babak kedua dengan permainan lebih kemas dan tersusun untuk mencemaskan kubu tuan rumah beberapa kali.
Namun, sebaliknya berlaku apabila tuan rumah menjaringkan gol setelah Raianderson Da Costa Morais (Careca) menyudahkan bola lorongan J. Partiban pada minit ke-62 untuk menghampakan Selangor.
Kredit foto: Perak TBG
Keputusan lain:
Liga Super
KUALA LUMPUR 0 FELDA UNITED 2
Liga Perdana
PDRM FA 3 KELANTAN 1
SARAWAK 1 TERENGGANU II 0